Sunday, January 25, 2015

Anak : Mendidik atau Mendera? Pukul mengikut Sunnah Rasulullah SAW?

Assalammualaikum WBT,
Semalam telah diledakkan dengan over-sharing dan over-posting mengenai Isu Merotan anak dan Hak anak-anak. Malaysia memang terkenal dengan memviralkan benda yang double standard.

Kita lebih mudah menaip status mengenai kisah kita sewaktu kecil dirotan, disebat dan sebagainya serta kesannya terhadap pertumbuhan psikologi/akhlak kita masa kini. Disamping banyaknya post mengenai keratan akhbar itu, banyak juga post mengenai hadis Rasulullah SAW yang membenarkan memukul anak ketika mereka tidak mahu solat. Jangan sampai dalam menuduh orang menolak hukum Allah, anda sendiri yang memburukkan Islam.

AWAS. Hadis memang untuk di share, namun dituntut juga untuk memahami dan meneliti kandungan serta Ibrah yang terdapat dalam setiap hadis. Riwayat serta sanadnya.
While Sharing, You should always explain the meaning and the story behind every hadith, so people won’t make their own assumptions in the name of Rasulullah SAW.

Pernah terfikir atau tidak, anak-anak juga mempunyai hak mereka untuk mendapat proses didikan yang betul. Pernah terbaca atau tidak bagaimana cara Rasulullah mendidik anak? Pernah terfikir atau tidak betulkah cara didikan ( sebatan dan pukulan yang awesome tu ) yang diberikan oleh ibu bapa kita?

Well before you share it to your fellow followers about your awesome life growing up having beaten, you should always double check. Tidak salah untuk menambah ilmu pengetahuan kan? Saya tidak berkata Ibu bapa anda salah didikannya, semua itu boleh dilihat pada hasilnya yakni anda sendiri. Anda rasa bagus, Tahniah!

Mari bicara Statistik. Nak tak nak saya akan berusaha tunjukkan bukti konkrit supaya orang lebih memahami betapa pentingnya isu ini. Tahukan anda menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) pada tahun 2012 telah dicatatkan hampir 3900 kes telah dilaporkan berhubungan penderaan anak. Pada tahun 2013 bulan Januari-Mac sebanyak 1023 orang kanak-kanak dilaporkan telah didera? Itu hanya pada 3 bulan terawal. Tidakkah membimbangkan?

Apabila memukul dibenarkan dalam Islam, sejauh mana kita melakukannya dengan cara yang betul? Kalau benar tindakan kita itu, Mengapa sangkin meningkatnya angka kanak-kanak yang didera dan yang menghadapi gangguan kesihatan mental? Kenapa pula makin menjadi-jadi masalah sosial dalam kalangan remaja kita? Bukankah semuanya bermula dari didikan? Sekiranya cara Rasulullah SAW dan pedoman Al Quran kita betul-betul ikuti, adakah mungkin angka statistik itu mendadak turunnya?

Nah, kita mendabik dada mengatakan ajaran Islam itu yang terbaik tapi kita tidak pun mengikuti dengan betul piawaian yang ditetapkan. We are our own terrorist, tak begitu? Kita yang menghancurkan Islam itu sendiri. Tak gerun ke?

Now, How do our Prophet Muhammad SAW treats children? Adakah semua kesalahan harus diakhiri dengan pukulan? Pukul yang macam mana?

Sabda Rasulullah SAW “ Kelembutan adalah hiasan segala sesuatu. Jika dihilangkan, segala sesuatu itu akan menjadi buruk”
HR Muslim, 2594, dari Aisyah r.a dengan sanadnya marfu.

Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa tidak dikaruniai kelembutan, berarti ia tidak diberi karunia yang baik”
HR Muslim, 2592, dari Jabr ibn Abdillah dengan sanad marfu.

Rasulullah SAW bersabda “Bila Allah menghendaki kebaikan bagi sebuah keluarga, Ia akan memasukkan kelembutan dalam diri mereka”
HR Ahmad, Musnad, 671, 6/104-105, Hadis sahih berdasarkan semua jalur riwayat.

Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah Maha Lembut, dan menykai kelembutan…”
HR Muslim,2593, dari Aisyah r.a dengan sanadnya marfu

Riwayat lain ada menyebutkan “Rasulullah SAW tidak pernah memukul satu makhluk pun dengan tangannya, sekalipun terhadap wanita atau pembantu, kecuali ketika berjihad fi sabilillah”
Riwayat Muslim,2328, dari hadis Aisyah r.a

Berikut adalah beberapa dalil yang dikemukakan mengenai hukum memukul anak untuk mendidik, apabila anak tidak taat, tidak mahu berbuat baik, atau ketika anak seringkali mengulang-ulang melakukan kemaksiatan, membangkang atau membuat zalim

1. Nas umum yang menjelaskan memukul dengan tujuan memberikan pelajaran ketika tidak ditemukan cara lain

Firman Allah SWT “ Dan Allah tidak menyukai kerusakan.” Surah Al Baqarah ayat 205

Ada juga dari Surah Al Hud ayat 116 dan Surah Ali Imran ayat 110. Sekiranya kemungkaran tidak dapat dihilangkan kecuali dengan pukulan, maka cara itu harus ditempuh.

2. Dalil yang lebih khusus yang membenarkan pukulan untuk anak-anak.

Sabda Rasulullah SAW ketika menganjurkan umatnya untuk mengajarkan solat pada anak-anak. Jika si anak yang berumur sepuluh tahun (10 tahun) tidak mahu menunaikan solat, maka ia boleh dipukul.

Rasulullah SAW bersabda “ Ajaklah anak kalian untuk solat ketika berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka untuk solat ketika berusia sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka”
HR Abu Daud, 495, sanad sahih bersumber dari jalur Amr ibn Syuaib dari ayahnya dari kakeknya. Hadis ini memiliki saksi penguat seperti Abu daud hadis nombor 49, Tirmidzi nombor 407.


Cara-cara mendidik

1. Jangan sesekali memukul wajah anak

Rasulullah SAW bersabda “Apabila salah seorang dari kalian bertengkar, maka jauhilah (memukul) wajah”
HR Muslim,2612, dari Abu Hurairah r.a dengan sanad marfu.

2. Menghukum sekadar kesalahan yang dilakukan.

Diceritakan oleh Muawiyah bin Salih, ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka? Lalu kata Baginda: Maafkanlah saja. Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiganya. Seterusnya Baginda mengatakan: Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka.”
Hadis riwayat at-Tabrani

3. Tidak Memukul dalam keadaan marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Tidak mencela atau mendoakan yang tidak baik.

Di riwayatkan dalam Shahih Muslim, sebuah hadis panjang dari Jabir, bahawasanya ada seseorang yang mengutuk untanya, “Semoga Allah SWT melaknatmu!” Rasulullah SAW pun bertanya, “Siapa yang melaknat untanya ini?” Orang itu menjawab, “Aku, wahai Rasulullah SAW.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda “ Turunlah! Jangan ada sesuatu yang terlaknat bersama kami! Janganlah kalian berdoa tidak baik untuk diri kalian sendiri! Jangan mendoakan tidak baik untuk anak-anak kalian! Jangan mendoakan harta kalian dengan doa yang tidak baik dan bertetapan dengan waktu (mustajab), yang jika kalian minta waktu itu akan dikabulkan!”
HR Muslim, 3009, halaman 2304

5. Tidak memukul dengan meninggalkan bekas (ini saya baca di internet, sudah saya sertakan referensi)

6. Memukul sebagai jalan terakhir. Dilarang memukul apabila tidak diajar dahulu anak tersebut.

Berikut merupakan gambar yang saya jumpa di Internet mengenai tahap didikan Anak cara Rasulullah SAW. Saya akan berkongsi gambar itu tap perlulah saya katakana disini, saya belum jumpa mana-mana hadis yang dikaitkan mahupun perbahasan yang digunakan sebagai sumber. Kalau ada yang jumpa boleh kongsi dengan saya ye.





Sebenarnya banyak lagi cara didikan anak menurut Rasulullah SAW. Hanya kita yang menentukan, samada untuk mencari dan menelaah atau mengkut sahaja adat dan adab dunia.
As far as the hadith goes, Memukul dilakukan sebagai JALAN TERAKHIR dan apabila sudah dijelaskan terlebih dahulu sebab musabab, atau mengapa tindakan mereka itu salah. Tidak sewenangnya kita memukul.

One of the thing I most despise is when people easily share and genuinely proud to say they are following the Sunnah when in fact they just use the hadith for their own good selfishly, and at the end, making the name of our Beloved Muhammad SAW and the name of Islam tainted. Please, read, explore, and explain about the hadith.

Jangan guna sewenangnya. Ia akan menampakkan Islam itu jahat dan membenarkan penderaan anak padahal maksud hadis itu tidak disampaikan dengan baik. Sekian, Wallahualam.

Referensi
1.      Syaikh Mustafa al ‘Adawy.(2009). 3rd Ed. Fikh Pendidikan Anak : Membentuk Kesalehan Anak Sejak Dini Dilengkapi Nasihat Para Dokter dan Psikolog Anak. Qisthi Press: Jakarta, Indonesia.
2.      Ana Ghoib.(2013). 1023 orang kanak-kanak didera dalam tempoh Jan-Mac 2013. Retrieved 26th January 2015 from http://malaysianreview.com/26565/1023-orang-kanak-kanak-didera-dalam-tempoh-jan-mac-2013/
3.      5 cara menghukum anak yang tidak dibenarkan dalam Islam. Retrieved 26th Januari 2015 from  http://www.akupenghibur.com/2014/04/5-cara-menghukum-anak-yang-tidak.html


4.      4 tahap Mendidik Anak cara Rasulullah SAW. Retrieved 26th January 2015 from http://www.excelqhalif.com/2012/10/02/4-tahap-mendidik-anak-cara-rasulullah-s-a-w/

1 comment:

  1. betul..mmg ramai yg dah politikkn hal ni..cuma..impaknya bile akan dikenkan tindakan bila merotan itu...harap garis panduannya jelas lah...merotan tu selepas dah warning byk kali, bru kene rembat * ni pnglmn sndiri shj*

    -tgk pada bacaan rujukan diatas, rotan pun bkn main sembarono je..kannnn^^

    ReplyDelete