Tuesday, December 18, 2012

Isi hatiku setelah lama menyepi.

warkah ini buat teman-teman seperjuangan
Baik nanti untuk Dunia dan untuk Akhirat
semoga berlapang dada menerima isi kandungan.
Supaya persahabatan kita bakal mendapat naungan di Akhirat nanti.

Assalammualaikum adik-adik, teman-teman dan kenalan.

Hentikanlah bercakap mengenai perkara yang anda tidak tahu hujung pangkal ceritanya.
Hentikanlah memakan daging saudara anda sendiri.
Hentikanlah menyebar fitnah jika tidak tahu asal usul cerita.
memang pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang menggoyangkannya,
tapi Ada sebab angin itu bertiup. ada tujuan pokok itu bergoyang.
pikirkan mengenai sebabnya, pikirkan mengenai tujuannya.
Anda tidak sempurna untuk mengetahui isi hati seseorang
maka pintalah jawabannya.

Please, step into the real world
don't linger too much in your own world
tolonglah meniti alam dewasa itu.
tak semestinya kita hidup dalam kalangan orang yang sebaya
kita perlu berperangai yang sebaya.
kerna itu dituntut persaudaraan.
ada abg,kakak,ibu ayah,pakcik,makcik.
semua mempunyai tahap pemikiran yang berbeza
berlapang dadalah menerima konsep pemikiran yang lain dari kita
kerna itu semua bakal membantu anda menjadi lebih dewasa.

Sungguh, maaf itu adalah kata yang sangat sukar dilafazkan.
Namun, Jika dipinta bakal mengeratkan lagi silaturrahim sesama saudara.
Don't Assume that people will forgive you if you don't ask for it.
Doa orang yang teraniya itu bakal menghancurkan masa depanmu.
mungkin di dunia, ataupun diakhirat.


Mungkin diri ini tidak pantas untuk memberi nasihat
tapi ambillah pengajaran wahai saudara muslimku
kita semua dari background yang berbeza.
jika tidak mahu tahu, maka husnuzonlah
jika mahu mengenali dengan mendalam lgi, maka berlapang hatilah menerima segala keburukan dan kebaikkan.
Allah menyediakan satu jalan yang berbeza utk setiap orang,
tapi dengan satu tujuan; menuju Allah.
Jadi tempuhilah jalan masing-masing dengan istiqamah dan jika terjadi persilangan dengan jalan orang,
berpikiran terbukalah, dan husnuzonlah.

Senyapku bukan bermaksud aku alpa.
Senyumku bukan bererti aku lupa.
Aku tahu apa yang kau perkatakan,
Aku sedar apa yang terjadi disekeliling aku

Aku tahu mungkin warkah ini terlalu lambat.
Mungkin berita-berita itu sudahpun berlalu seperti angin kelmarin.
Namun bagiku, ia perlu.
Kerana, permasalahan itu tetap ada.
Berita itu bakal diungkit kembali.
Maaf itu masih perlu dipinta
Dosa itu tetap ada.

mungkin warkah ini bermain dengan analogi yang teramat banyak
sengaja dibuat begitu agar kita lebih berpikir.
Tidak akan kuhalang orang yang mengambil mudah warkah ini.
tidak akan kupaksa orang untuk mengerti isi kandungan ini.

Andai Warkah ini membuat adik-adik, teman-teman terasa.
Maka, mari kita bertemu dua mata
berbicara hati ke hati
Segala penjelasan akan diberikan
Segala persoalan akan diungkapkan.

Jika tidak mahu
satu yang aku pinta
husnuzonlah.
besarkan hati untuk menerima


Andai warkah ini tidak bererti apa-apa
maka lupuskanlah dari ingatan mu.
Siapalah aku ingin mengubah hati seseorang.
Siapalah aku untuk mengambil alih kuasa Allah.
Hanya Allah yang akan membantuku membuka hatimu.

Sungguh, diri ini amat kecewa dan hiba memikirkan soal persaudaraan yang kian retak ini.
Diriku tidak mampu lagi untuk terus tersenyum tapi mengetahui bisa mulutnya seseorang


Adik-adik, teman-teman.
Tahukah semua,
dengan berita-berita yang tidak pasti itu.
Anda telah menambahkan calarnya maruah seseorang
Dengan bisik-bisik yang tidak diketahui asal usul seseorang itu,
Anda telah memutuskan hubungan persaudaraan yang telah lama terjalin.
Maka bertaubatlah.
mohonlah kemaafan.
InsyaAllah, jika tidak terlalu dalam lukaku yang kau gores
Hanya sedetik dua kemaafan diberikan.
Jika terlalu dalam lurah luka itu,
Maafkan aku, mungkin mengambil masa yang lama untuk kita kembali seperti dulu-dulu.

Akhir kata.
Sebarkanlah berita ini.
ini untuk kebaikan kita bersama dalam menempuhi persaudaraan yang diredhaNya

Monday, December 10, 2012

Supposed Graduation Day :)











Assalammualaikum kekawan :)
Entry kali ini nak cerita suka suki tengok kawan2 sy yg lain officially grad diploma! yay!
eventhough galau sikit (ok, sebenarnya banyak) tak dapat konvo sesama dengan First Generation UiTM NS yg lain..
but it's ok..I just wish i could be there..


Nahh..Sebelum to ada sedikit amaran nah.
Entry kali ini memang sengaja dibuat untuk mengangkat bakul sendiri, lancang mulut tak reti, sja happy-happy, nak sharing sharing.
Soooooo, siapa yang nak salah sangka kata i riak or bangga tak bertempat.
again, saya hanya express my happiness. 
And if you want to be happy with me, i'm glad
If you want to tell the whole world i ni riak takabbur and what so ever.
i had explain it earlier.

Here Goes,
Alhamdulillah.. I'm Officially a diploma holder. First class y'all.
yay! happy for me! :D

On last Thursday 6th of December 2012
Untuk Sidang 21 (or is it 22? meh, i forgot).. Konvo ke 77.
It was supposed to be my convocation day.
Saya penerima dua Anugerah.
Alhamdulillah i have made my family happy and my mom proud of me.
Apakah dia dua Anugerah itu Jama'?

Firstly, I'm the receiver of Anugerah Naib Canselor
Rugi tak dapat pakai Selempang pink tuh.
Secondly, I'm the receiver for Anugerah Graduan Terbaik keseluruhan Diploma Sains.
hehehe. patutlah my name was not according to alphabet and my name was way up at the top.



Syukur Alhamdulillah.
On that day in Makassar
i Specially wear baju kurung cantik2
just to show my spirit that i'm a graduate now
Hooray!

On that Particular Day, I'm Not that sad because of something that i did the day before.
hahaha..something sweeet and funny actually.
Saya berpikiran nakal untuk mengajak abang saya untuk melakukan sesuatu lepas saya pulang ke Malaysia nnt.

Saya:  Abang, nnt kalau akak dah balik Malaysia, Jom Ceroboh studio fotografi Fakulti Art & Design nak? the thing is, nak jugak pakai selempang pink tuh
(oh FYI, my abang dia student AD. Dia lah yang incharge tgkp gamba korang konvo tuh)


Abang: Alah, senang je tuh, setakat selempang pink tu, semua ada. tunggu kau balik dulu. Kalau kau nak pakai selempang lain pun boleh :)

Hoyeh! saya teruja nak balik. sweet tak abang saya? wink2. Walaupun hanya dalam studio je.. saya teringin nak pakai selempang pink itu. Faham tak, TERINGIN. fullstop

And as a token of craziness of me, saya dengan secara tiba-tiba membeli sebuah DSLR yg menjadi idaman kalbu.  hehehe..bolehlah dibuat sebagai hadiah kepada diri sendiri.

Teman2 saya di Malaysia juga sangat sweet.
buktinya..nah!


  
mereka mengatakan bunga ini adalah saya, dan dibawa ke mana2 saja ;)

Bak kata Ikhmar, Ada lagi sebenarnya gambar yang suweet2 mcm ni. kali ini dengan aiman.
huhu..tah bile la nak upload minah tuh

Kepada First Gen UiTMNS..Tahniah Tahniah!..Teruskan Kecemerlangan anda untuk degree plak eh.


Kepada Cik Fara Ikhmar..terima kasih kerana sudi merembat satu buku konvo untuk saya.


Kepada Keluarga Bahagia.: U guys are the best! Semoga Ukhuwah kita tetap teguh nah. Sehingga ke Syurga.


Kepada Geng Rangkai2: Semoga Persahabatan kita sampai ke syurga..Ukhuwah Fillah


Kepada Nadia Syazana dan Farah Hardi: Yay! Korang dah grad!


Kepada Syafiqah Jasmin, Ika Zulkiflee: Congratulations sweety..


Kepada Teman2 Peers: Alhamdulillah, Tahniah korang!;)


Kepada Teman2 Alam Sekitar: Aku merindui the sweetness of the friendship.


Kepada Kawan2 dan Adik2..: Thank you for supporting me and gave advises when i need it the most. Tahniah!


Kepada Lecturers, Teachers, staff di UiTMNS: Terima kasih tak terhingga atas pengalaman yang berharga ini. 


Kepada Mak dan Keluarga: Terima Kasih nah. Mengikut dan menggumam segala kerenah. hehehe


Kepada Semua: Thank You Soooo Much and congratulations guys. Kudos to all of you.

faham tak macam speech untuk Grammy Awards. heh    -_____-'


whatever it is. C.O.N.G.R.A.T.U.L.A.T.I.O.N.S!

saya suka memetik kata-kata Sabiha Khalid: First Gen of UITMNS jugak
beliau komander,merangkap pelajar ANC.

Tak semestinya berprogram tak boleh berjaya (lebih kurang cam gini lah aytnya)


Azah Asyikin telah membuktikannya (pemegang ANC)
Azliyah Azhar juga
begitu juga dengan Cik Fara (ANC Degree wooo!)
Yang Paling Penting Saya Juga! Yay!
Yang penting keikhlasan untuk memberi dan menuntut ilmu.


Jangan berkata, alah, diploma je!
Diploma itulah yang akan membangun karakter anda, menyiapkan diri menjadi lebih bersedia!

haha..akhir kata.
Tahniah Sekali Lagi.
I'M PROUD TO BE FIRST GENERATION OF UITMNS :)

till then, Salam Sayang, salam Ukhuwah :))