Sudah bertambahkah iman kita hari ini?
Semoga iman kita sentiasa bertambah.
Bukan sebab apa, kadang kadang terfikir juga,
senang ke kerja menasihati orang lain ini?
dua tiga kali fikir juga,
layak ke diri ini?
tapi kenapa orang lain sesenang kata je menasihati.
ada yang menerima, ada yang tidak.
Hasil pengamatan, sometimes, i don't really like how certain peeps give advice.
macam memaksa,
dan ada pulak tu main nasihat je.
tak tahu usul cerita.
so, based on my observation, dan hasil pemikiran sendiri (dan research sana sini)
i've come up with some idea about the type of ways to advice people.
so, bear with me.Menasihati seseorang ada 2 cara.
1. Nasihat secara direct
2. Nasihat secara indirect.
Nasihat secara direct itu bermaksud terus berjumpa mata ke mata, nasihatkan, jangan buat ini jangan buat itu, jangan, jangan, jangan, ingat ingat ingat.
Nasihat jenis ini, sy pggil nasihat kering kerana kita hanya mampu mengucapkan kata2 dengan harapan sampai ke hatinya, lalu mengikut nasihat kita, Hakikatnya, Hanya Allah jualah yang dapat melembutkan hati dia untuk menerima nasihat kita. kadang kadang orang jengkel sebab dahlah tak tahu apa2, tiba-tiba nak bagi nasihat pula. orang maybe takkan terima nasihat kita
Nasihat indirect itu maksudnya, berkawan dulu dgn dia, pahami hati budi masing2. cubalah selami kehidupannya dulu. kemudian, bila sampai waktunya, dengan susunan kata sebagai seorang yg dekat dihatinya, insyaAllah, penerimaan dia akan nasihat kita akan lebih terbuka. Namun Hakikatnya juga, Allah yang membuka pintu hatinya untuk menerima nasihat dari kita.
ok, tak paham?
macam ni,
Cara nasihat direct adalah;
Ibarat menanam pokok di tanah yang kering tanpa disirami dan dibajai dimana hanya dengan kuasa Allah sahajalah, pokok itu boleh tumbuh.
Manakala, cara nasihat indirect adalah;
Ibarat menanam pokok di tanah kering namun dibajai dan disirami setiap hari. dan in shaa Allah, akan tumbuh dengan sihatnya.
Kedua duanya memerlukan Allah, kedua duanya ditanam di tanah kering. Namun, secara teori, pokok yang dibajai, disirami setiap hari insyaAllah akan tumbuh lebih cepat dan sihat berbanding pokok yang ditanam tanpa belaian siraman air dan baja. kan?
Bukankah kalau berusaha itu perlu dengan hati yang bersungguh sungguh, dan bukannya sekadar melepaskan batuk ditangga.
'Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.' (Surah Al Ankabut : 69)
|
'Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya' (Surah Al Baqarah : 202)
|
so, maksudnya, dengan cara nasihat kedua (yakni memahami, berkawan, dan selami dirinya dulu ) akan lebih mendapat penerimaan berbanding cara nasihat yang pertama.
Kerna zaman telah berubah, penyakit hati berleluasa menimpa jiwa remaja muslim kini.
Kalau dulu-dulu, Ustaz nasihat sedikit terus ikut sebab hormat ustaz.
tapi sekarang hati yang perlu sembuh, maka hatilah yang disentuh dulu.
so teman2, kalaulah anda dinasihati, cara yang mana yang anda prefer untuk dinasihati? yang pertama atau kedua. No opinion is wrong, what is wrong is how we expressed the opinion. tepuk dada tanyalah iman.
Semoga ukhuwah yang kita bina kekal ke syurga dan mendapat naungan di padang mahsyar kelak.
No comments:
Post a Comment