Assalammualaikum wbt kekawan :)
Hari ni nak cakap pasal sahabat.
Sahabat.
Semua memerlukan sahabat.
Sahabat ibarat Saudara kita yang paling dekat.
kerana sahabatlah yang akan menegur kita, menerima kita dengan seadanya.
Sahabat yang baik tidak akan meninggalkan sahabatnya terkapai2 dalam kesusahan.
tidak akan sahaja menerima kita saat senang tapi meninggalkan kita tatkala menghadapi kesukaran
tidak akan menghukum dan mencemuh kita kerana satu dosa, malahan tetap bersama dengan kita dan cuba menasihati.
Yang akan sentiasa husnuzon dengan kita, walaupun orang lain meninggalkan kita dengan makian dan memulaukan kita.
Sahabat jugalah yang akan menyambut kita saat kita tersungkur
yang akan menjaga kita ketika sakit
yang akan membebel kalau kita buat salah.
Namun, sahabat jugalah yang akan bergelak ketawa dengan kita walaupun lawak kita tidak lucu.
Yang akan meneman kita ke tandas.
yang akan update gosip2 terbaru.
yang akan membuat kita terasa seperti manusia sempurna
Kerna Sahabat.
Teringat sewaktu pertama kali usrah di Makassar
Semua cerita tentang sahabat.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a
Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"

عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"
Mak selalu pesan,
"Angah, takpe, redha bila orang buat kita sakit hati, jangan kita yang buat orang sakit hati. Walaupun itu kawan sendiri"
Mak kata;
"kejut kawan bangun subuh walaupun dia seringkali terlupa nak kejut kita bangun subuh."
"Ajak kawan makan sekali, walaupun dia sering terlupa nak ajak kita makan."
" Buat baik pada kawan, walaupun dia kadang2 terlupa/ tak sensitif akan kita"
Kata-kata ini semua kucuba untuk ingati
walaupun tiga tahun berlalu sejak mak berpesan.
Islam itu mengajar kita bersatu hati, mengajar akan perpaduan.
mengajar kita erti kasih sayang.
Sayangi saudaramu seperti mana kita menyayangi diri sendiri.
Walau kita menjaga makan minum kita sendiri, makan tepat waktu,
Sayangi jugalah sahabat kita dengan menjaga masa makannya juga, mengingatkannya.
Kita jaga ibadah kita, kita selalu solat tepat waktu.
sayangi jugalah sahabat kita dengan mengingatinya untuk solat. mengejutnya untuk solat kalau dia tertidur.
kita jaga kesihatan kita, dengan makan ubat kalau sakit.
Sayangi jugalah sahabat kita dengan mengingatkan dia makan ubat kalau dia sakit, menjenguknya dan menjaganya sehingga dia sembuh.
kalau kita taknak fail exam, kita belajar dengan tekun.
jangan biarkan kawan kita fail exam juga dengan membantunya belajar, mengajaknya belajar.yang lain semua urusan Allah.
Kalau kita taknak ada masalah dengan kehadiran kita ke kelas (takut di'barred' from exam)
ingati sahabat kita juga supaya dia juga tidak di 'barred' from exam.
Lebih kurang macam tu la contoh2 menyayangi saudara (sahabat) kita seperti menyayangi diri sendiri.
Ingat teman-teman.
Akan ada kawan tidak sensitif akan hubungan persahabatan yang kukuh.
Akan ada roomate yang mengingati orang lain, tapi tak teringat akan orang yang sebilik dengannya.
Akan ada orang yang menyuapi sesuap nasi untuk orang miskin di benua lain, tapi tak teringat akan orang
miskin di benua sendiri.
tapi, jangan pernah berhenti untuk menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri
kerana bukanlah balasan kasih sayang manusia yang kita pinta dengan pemberian sayang itu,
tetapi keredhaan dan kasih sayang dari Allah yang kita harapkan.
Akhir kata, selamat berkasih sayang!