Assalammualaikum wbt
The main title should be 'Mencari atau tidak Mencari?'
(bajet to be or not to be sebenarnya)
Okay, straight to the point.
Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Manusia/Hamba/Khalifah Allah,
adakah kita perlu mencari atau hanya menunggu?
"Cari apa Dr Jama'? Nak kena tunggu apa?"
aih, maaf, tetiba saya mengajukan pertanyaan tanpa ada mukadimah nye..
teruja pagi ini. lepas dapat inspirasi terus je buka blog.
Dalam proses pengukuhan sebagai seorang muslim.
adakah kita akan membiarkan diri kita tandus tanpa penambahan ilmu agama
atau adakah usaha yang dilakukan untuk sentiasa update ilmu agama kita?
Saya tertanya-tanya, adakah hidayah itu akan datang tanpa kita sedari,
atau sebenarnya tarbiyah yang datang berupa nasihat-nasihat kawan, atau dari bahan bacaan yang kita baca sedikit sebanyak mendorong gerak hati untuk mencari lagi..?
Tapi, dari segi pengamatan, ramai orang mengatakan
contohnya:
"saya tak bersedia lagi nak ikut group-group usrah ni, tunggulah Allah buka hati"
"Nak pakai tudung tunggulah bila saya dah bersedia, Hidayah tak sampai lagi."
"Nanti tua bertaubatlah.."
apa yang saya nampak hanyalah
PROCRASTINATION.
Rata-rata muslim sekarang lebih suka untuk 'menunggu' hidayah yang datang, daripada mencari/berusaha supaya hidayah itu datang.
i will ask you several questions
1. Kalau kita tidak belajar, adakah kita akan pandai?
2. Ketika sedang lapar, adakah dengan hanya menunggu, kita akan kenyang?
3. Ketika sedang kehilangan sesuatu, adakah dengan menunggu tanpa mencari, membuatkan yang hilang itu jumpa?
tanyalah hati, tanyalah iman. adakah kita hanya mahu menunggu atau mencari?
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai kaum itu sendiri yang mengubah nasib atau keadaan yang ada pada dirinya (QS Ar-Ra’d 11)
Jangan biarkan diri kita sentiasa dibelengu pemikiran zaman sekolah.
kalau kat sekolah, Nak jadi pengawas, cikgu pilih.
kononnya insan terpilih.
Kena belajar agama, sebab Pendidikan Agama itu wajib di ikuti kalau nak lulus sekolah.
Jadikan diri kita lebih matang. Ambil sedikit sebanyak proses pemikiran ketika zaman Universiti.
Nak Jadi 'Somebody' ambil borang
Nak ada jawatan, hantar resume.
Nak dapat ilmu, datang kelas.
as simple as that.
mungkin ada jugalah, certain-certain sistem yang mengamalkan cara pemikiran sekolah,
"tahniah, anda terpilih. Anda bertuah, Anda layak....."
Akhir kata Man Jadda Wajada
yay! Assalammualaikum
No comments:
Post a Comment